ADUN Krian Rancang Tubuh Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Di Krian

RABU, 19 JANUARI 2022

KUCHING: Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan bakal ditubuhkan di kawasan Krian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik memberitahu, beliau sedang merancang menubuhkan jawatankuasa tersebut dengan mencontohi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Layar (LEDC) di Betong.

Jelasnya, penubuhan kelab seperti Kelab Raban Iban Sebelak (KRIS) di sekitar DUN Krian amat digalakkan dan mendapat sokongan penuh beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Insentif Pelajar Cemerlang Tahun 2020/2021 anjuran KRIS menerusi Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan yang melibatkan penyerahan insentif kepada 17 pelajar cemerlang dari pelbagai peringkat pendidikan di Kuching baru-baru ini.

Friday menambah, beliau bertekad memberikan kerjasama dan membantu mana-mana persatuan demi kemajuan masyarakat di Krian. -EDISI UKAS

add comment