ADUN Machan Lawat Pembinaan Gereja St Sebastian

RABU, 19 JANUARI 2022

MACHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong meluangkan masa meninjau Gereja Katolik, St Sebastian Chapel bagi meninjau keadaan terkini pembinaan gereja tersebut pada Ahad.

Tinjauan tersebut juga untuk mengenalpasti sekiranya gereja tersebut memerlukan sebarang kelengkapan seperti kemudahan gereja dan lain-lain lagi.

Selain itu, Allan Siden juga berharap agar penganut agama Kristian di Chapel St Sebastian akan memanfaatkan kemudahan yang disediakan dan beribadah dengan keadaan yang selesa. – EDISI UKAS

add comment