Datuk Amar Douglas Sumbang Kerusi Roda Kepada Golongan Kurang Berkemampuan

RABU, 19 JANUARI 2022

SPAOH: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban telah menyumbangkan kerusi roda kepada dua pesakit orang kelainan upaya (OKU).

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh wakil dari Pusat Khidmat Bukit Saban, Penghulu Gong Leng Tong pada Selasa.

Kedua-dua penerima iaitu Siong Mui Fah (71 tahun) dan Kuan Foo (88 tahun) kehilangan sebelah kaki akibat penyakit kencing manis.

Mereka dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Datuk Amar Douglas di atas keprihatinan beliau membantu meringankan beban golongan seperti mereka khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban. – EDISI UKAS

add comment