Jabatan Kerja Raya Sarawak Naik Taraf Jalan Kuching-Samarahan Expressway

RABU, 19 JANUARI 2022

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah mengenalpasti masalah aliran trafik di lima bulatan sepanjang jalan Kuching-Samarahan Expressway bagi mengatasi masalah kesesakan yang kritikal di kawasan itu, terutama pada waktu puncak.

Menerusi kenyataan media JKR Sarawak pada 18 januari 2022,  penaiktarafan projek lima bulatan telah dimulakan sejak 15 Oktober 2020 dan dijangka siap pada 14 Januari 2022.

Walau bagaimanapun, sepanjang proses perjalanan projek menaiktaraf  itu tidak berjalan seperti yang dijadualkan justeru menyebabkan projek ini menghadapi masalah kelewatan untuk siap sepenuhnya.

Dalam tempoh pembinaan, mesyuarat telah diadakan bersama pihak kontraktor serta notis amaran dikeluarkan secara rasmi kepada kontraktor pada 13 Januari 2022. 

Sementara itu, langkah proaktif bagi menyelesaikan pekara ini adalah dengan mengatur semula kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan menurap lubang jalan yang sedia ada bagi membolehkan jalan lalu lintas dapat dilalui semua jenis kenderaan dengan lancar.

Tambahan pula, Kementerian Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak sedang berhubung dengan pihak PDRM untuk mendapatkan bantuan dalam menempatkan pegawai trafik di bulatan untuk membantu aliran trafik, sebagai langkah sementara. 

Justeru, berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini turut menyumbang kepada kelewatan projek menaiktaraf lima bulatan sepanjang jalan ini dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai juga digalakkan menghubungi JKR Sarawak melalui whatsapp JKR Sarawak Roadcare di talian +6011- 70171777 untuk sebarang aduan supaya tindakan dapat diambil secepat mungkin. -EDISI UKAS

add comment