Kediaman Di Kampung Bangkita, Limbang Dinaiki Air Setinggi Dua Kaki

RABU, 19 JANUARI 2022

LIMBANG: Hujan lebat yang turun sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Kampung Bangkita, Limbang dinaiki air.

Ia melibatkan kediaman yang rendah dan mempunyai masalah sistem peparitan dinaiki air setinggi dua kaki.

Pasukan pemantau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah digerakkan ke lokasi bersama aset bagi membuat pemantauan dan penilaian keadaan.-EDISI UKAS

add comment