NSJA Anjur Pertandingan Fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina 2022

RABU, 19 JANUARI 2022

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) menganjurkan Pertandingan fotografi Sayangi Miri bersempena dengan Tahun Baru Cina 2022 mulai 18 Januari hingga 28 Februari 2022 melalui Facebook rasmi “NSJA MIRI”.

Datuk Bandaraya Adam Yii berkata, Majlis Bandaraya Miri (MBM) memberi sokongan penuh terhadap pertandingan tersebut.

“Ini merupakan satu aktiviti yang bagus dan oleh itu kita akan bagi sokongan kepada aktiviti ini,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada NSJA di Miri.

Ahli Jawatankuasa (AJK) NSJA Alan Yong Siaw Chyang yang juga Pengerusi Pengelola Program itu berkata, dua kategori akan dipertandingkan iaitu kategori terbuka untuk peserta orang awam dan kategori ahli untuk peserta ahli-ahli NSJA sendiri.

“Para peserta hanya perlu menghantar e-mel gambar penyertaan, berserta maklumat peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan slogan ke nsja.miri@gmail.com.

“Mereka hanya perlu klik “Like” dan “Share” halaman Facebook rasmi “NSJA MIRI”, pihak penganjur akan memuat naik semua gambar peryertaan ke folder Pertandingan Fotografi Sayangi Miri Tahun Baru Cina di laman Facebook rasmi “NSJA MIRI” untuk undian umum selepas tarikh tutup penghantar penyertaan pada 18 Februari 2022.-EDISI UKAS

add comment