Pejabat Pusat Khidmat DUN Mambong & DID Tinjau Kawasan Berisiko Dinaiki Air

RABU, 19 JANUARI 2022

KUCHING: Pihak Pusat Khidmat N.19 DUN Mambong dengan kerjasama Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID) Negeri Sarawak melakukan tinjauan ke beberapa kawasan yang berisiko dinaiki air pada Selasa.

Tinjauan tersebut melibatkan pemantauan sistem saliran dan sungai di Kampung Simboh, Kampung Bratan Asah, Kampung Bowang dan Kampung Punau.

Menurut Pegawai Tadbir Khas Menteri Muda Pengangkutan, Keron Mapus, tinjauan itu juga bertujuan untuk mengenalpasti tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah banjir.

Jelasnya, pihak DID turut memberikan khidmat nasihat dan bantuan bagi kerja pembersihan sungai di kawasan yang dikenalpasti sebagai punca banjir.

Katanya lagi, beberapa lokasi kawasan rendah berisiko banjir akan dilawati iaitu Kampung Sikog dan Kampung Mambong. -EDISI UKAS

add comment