RABU, 19 JANUARI 2022
BINTULU: Projek membina bangunan pentadbiran baharu di Bintulu kini siap kira-kira 25 peratus.
Pengarah Kerja Raya Sarawak, Datu Ir Zuraimi Sabki berkata, pembinaan projek tersebut berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
Dalam pada itu, beliau turut mengadakan lawatan ke projek cadangan membina dan menyiapkan Jambatan Bintulu-Jepak yang menghubungkan Kampung Jepak ke pusat bandar Bintulu.
Katanya, jalan tersebut merupakan jalan pintas menuju ke Lapangan Terbang Bintulu.
Sementara itu, beliau juga melakukan lawatan ke projek Jejambat Nyalau (Nyalau Interchange) di Lebuhraya Pan Borneo (LPB). -EDISI UKAS