Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar Tinjau Projek Kawasan Sebuyau

RABU, 19 JANUARI 2022

SEBUYAU: Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar mengadakan lawatan bagi meninjau beberapa projek di kawasan Sebuyau pada Selasa.

Projek yang ditinjau adalah projek penyelenggaraan sungai di Kampung Entangor, projek pembersihan parit ban Kampung Sungai Nyamuk, projek penyelenggaraan sungai asal Kampung Sungai Rama dan projek penyelenggaraan perparitan Kampung Sagu.

Melalui maklum balas yang diterima semasa tinjauan berkenaan, penduduk di kawasan yang terlibat amat berpuas hati dengan projek terbabit kerana berjaya mengurangkan risiko banjir di kawasan mereka.

Sesi pemantauan tersebut turut dihadiri oleh wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Samarahan, ketua-ketua masyarakat dan juga wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kawasan terlibat.-EDISI UKAS

add comment