Rancangan Pembangunan dan Isu Berbangkit Di Taman Matang Jaya Terima Perhatian ADUN Tupong

RABU, 19 JANUARI 2022

KUCHING: Rancangan pembangunan dan isu-isu berbangkit di kawasan Taman Matang Jaya telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Lantaran itu, beliau telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berhubung perkara tersebut pada Selasa.

Beliau memberitahu, mesyuarat yang diketuai oleh Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang tersebut adalah bagi membincangkan perkara berkaitan dengan pembangunan dan isu berbangkit terutamanya di kawasan Taman Matang Jaya.

Jelasnya, ianya turut merangkumi perbincangan berkaitan dengan kawasan DUN Tupong yang sebahagiannya di bawah kawasan MPP dan sebahagian lagi di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). -EDISI UKAS

add comment