RABU, 19 JANUARI 2022
PADAWAN: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Batu 10 kini sudah bersiap siaga berdepan kemungkinan berlaku banjir.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Batu Kitang merangkap Pengerusi Majlis Pembandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang telah melakukan tinjauan ke pusat operasi RELA Batu 10 pada Rabu.
Menurutnya, pusat operasi RELA Batu 10 telah ditubuhkan sejak 1986 dan dianggotai seramai 150 sukarelawan yang berkhidmat bagi menghadapi kemungkinan banjir dan bencana lain.
Khere Chiang menambah, pusat gerakan sukarela di Kampung Batu Kitang juga diwujudkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir. -EDISI UKAS