Agihan Risalah Kesedaran COVID-19 Di DUN Balai Ringin

KHAMIS, 20 JANUARI 2022

SRI AMAN: Risalah yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam COVID-19 termasuk kalender insiatif dan pencapaian Gabungan Parti Sarawak (GPS) mulai diagihkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin, pada Khamis.

Pengagihan tersebut dilakukan oleh Ketua Masyarakat, Penghulu Bangga Rigeh di perkarangan Pejabat Daerah Pantu kepada ketua kampung termasuk orang ramai yang datang.

Ianya adalah bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan menggalakkan pengambilan dos penggalak. -EDISI UKAS

add comment