Air Sungai Naik Berikutan Hujan Berterusan, Penduduk Kawasan Medamit Tidak Terjejas

KHAMIS, 20 JANUARI 2022

LIMBANG: Tiada rumah kediaman dan jalan perhubungan di kawasan Medamit yang terjejas susulan hujan lebat berkala dari petang Selasa.

Menurut laporan daripada pasukan Bomba Sukarela kawasan Medamit, air sungai naik secara perlahan melimpah dari kawasan Ulu Limbang.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi telah mengarahkan agensi yang terlibat untuk bersiap siaga dan sentiasa berjaga-jaga dari semasa ke semasa.

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang telah menggerakkan anggota dan sukarelawan untuk membuat rondaan serta pemantauan secara berterusan.-EDISI UKAS

add comment