Forum Perdana Hal Ehwal Islam Dapat Sambutan Penduduk Jemoreng

KHAMIS, 20 JANUARI 2022

MATU: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato Murshid DiRaja Dr Juanda Jaya menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam Daerah Matu pada Rabu.  

Program pertama kali diadakan pada tahun 2022 itu diadakan di Masjid Daerah Matu dirancangkan untuk diadakan setiap dua bulan bersama panel-panel yang dijemput dari serata Sarawak bagi menyampaikan ceramah dan perkongsian ilmu.

Forum kali ini menampilkan Pengkursus dan Pembimbing Ibadat Haji, Dr Syed Abdul Aziz Wan Hamid Edruce; Pegawai Agama Islam Daerah Daro, Ustaz Ahmad Shah Affandie; Pegawai Hal Ehwal Islam Mukah, Ustaz Norazman Abdullah dan Ustaz Azizan Ajiji sebagai moderator dengan tajuk forum ‘Pengukuhan Iman Jaminan Keselamatan’.

Terdahulu pada sebelah pagi, Dato Dr Juanda menyaksikan Majlis Serah Tapak Projek baikpulih Masjid Darul Falah Igan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada kontraktor.

Beliau berkata, ia juga bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah masjid daripada lima buah kampung sekitar Daerah Kecil Igan. – EDISI UKAS

add comment