Ketibaan Jefferson Jamit Unyat Di Kapit Disambut Meriah

KHAMIS, 20 JANUARI 2022

KAPIT: Ketibaan Menteri Muda dan Adat Bumiputera Sarawak, Jefferson Jamit Unyat di terminal bos ekspres Kapit disambut meriah oleh penduduk setempat pada Selasa.

Upacara sambutan telah diadakan sebagai penghargaan kepada Jefferson Jamit Unyat yang telah dilantik sebagai Menteri Muda pada 18 Januari yang lalu.

Program tersebut adalah anjuran Gabungan Parti Sarawak (GPS) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Goram dan mendapat sokongan daripada komponen parti GPS yang lain.

Selain itu, sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran Kelab Gagung Sarawak yang mengenakan pakaian tradisional serta melakukan upacara miring.

Sementara itu, Jefferson Jamit dalam ucapannya telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada jentera parti GPS di Kapit dan sokongan semua warga Bukit Goram, Kapit.

Beliau merasa terharu dengan sambutan yang amat bermakna selepas Pilihan Raya Negeri yang lepas dan ini juga merupakan lawatan pertama beliau ke Kapit selepas dilantik sebagai Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak.-EDISI UKAS

add comment