Masalah Sistem Perparitan Di Kampung Hulu Lemanak Bakal Diatasi

KHAMIS, 20 JANUARI 2022

SIMANGGANG: Masalah sistem perparitan yang tidak teratur di salah satu lorong kediaman penduduk Kampung Hulu Lemanak, Bandar Sri Aman bakal diatasi tidak lama lagi.

Projek tersebut akan dikawal selia oleh agensi pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) Sri Aman dan dijangka siap penghujung April 2022.

Simbolik penyerahan majlis serah tapak projek telah dihadiri oleh Jurutera Awam DID, Azizi Dahlan bersama Penolong Jurutera dan Ketua Kampung Hulu Lemanak, Kipli Bolhi pada Rabu.

Projek menaik taraf sistem perparitan itu adalah di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN N28 Lingga yang berjumlah RM100,000.-EDISI UKAS

add comment