Pusat Service Sarawak Sedia Perkhidmatan Mesra Pelanggan, Permudahkan Urusan Rakyat

KHAMIS, 20 JANUARI 2022

KUCHING: Pusat Service Sarawak yang diwujudkan sejak tahun 2018 merupakan sebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan sehenti bersepadu yang mesra pelanggan daripada pelbagai agensi kerajaan.

Pusat tersebut menyediakan sebanyak 51 perkhidmatan daripada 38 agensi kerajaan, kiosk pembayaran layan diri serta kemudahan komputer dan internet percuma.

Antara saluran yang terdapat di Pusat Service Sarawak ini ialah Kaunter Sehenti Sepadu yang membolehkan rakyat untuk membuat pembayaran bil dan melakukan perkhidmatan transaksi di Pusat Servis Sarawak yang terletak di Kuching, Sibu, Miri, Serian dan Sri Aman.

Selain itu, pusat berkenaan mempunyai Kiosk Service Sarawak yang mana ia membolehkan rakyat Sarawak untuk membayar bil elektrik, air, gas Sarawak, taksiran, dan pinjaman perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).

Ia ditempatkan di lokasi-lokasi strategik yang mudah dikunjungi seperti Kuching iaitu di AEON Mall dan Pusat Service Sarawak Kuching; Miri di Emart Riam dan Pusat Service Sarawak Miri; Sibu di Kompleks Membeli-Belah Sing Kwong dan Pusat Service Sarawak Sibu, Selangau di Pejabat Daerah Selangau; Betong di Pejabat Bahagian JBALB; Samarahan di Aiman Mall; Sri Aman di Pusat Service Sarawak Sri Aman; Serian di Pusat Service Sarawak Serian dan Eastern Mall; dan Limbang di Plaza Limbang.

Pusat Service Sarawak juga menyediakan perkhidmatannya berbentuk digital iaitu di laman sesawang service.sarawak.gov.my atau aplikasi mudah alih Service Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari Portal Service Sarawak di https://service.sarawak.gov.my/…/article_view/351/225/ dan muat turun risalah mengenai Service Sarawak di http://bit.do/IntroducingServiceSarawak.-EDISI UKAS

add comment