KHAMIS, 20 JANUARI 2022
BINTANGOR: Sejumlah RM275,800 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol diagihkan kepada 74 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan badan bukan kerajaan (NGO) di konstituensi tersebut.
Peruntukan diserahkan oleh Datuk Abdullah yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sempena lawatan kerjanya selama tiga hari di Semop bermula sejak Rabu.
Katanya, peruntukan yang diserahkan merupakan permohonan sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) pada tahun lepas.
“Hari ini adalah hari pertama lawatan kerja saya ke kawasan selama tiga hari untuk menyampaikan sumbangan peruntukan dana MRP dan bantuan pelbagai pembelian barangan kepada pemohon yang telah menyampaikan surat permohonan mereka pada Disember tahun lepas,” katanya kepada UKAS semasa lawatan kerja dan penyampaian sumbangan MRP DUN Semop di Dewan Serbaguna Sungai Sian Bintangor pada Rabu.
Terdahulu semasa berucap, beliau merakamkan penghargaan kepada pengundi di Semop termasuk kaum Cina kerana sekali lagi memberi mandat kepadanya pada pilihan raya lepas sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan.
Katanya, sokongan terhadap beliau dan kerajaan Sarawak membolehkan pembangunan infrastruktur di kawasan itu diteruskan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Dalam lawatan itu, sebanyak 23 JKKK dan NGO menerima peruntukan MRP berjumlah keseluruhan RM107,750 dengan senarai penerima antaranya JKKK Rh Anggi Enggol (RM3,300), JKKK Rh Baja Galau (RM2,100), JKKK Rh Michael Rima (RM1,950), JKKK Rh Jaw Michael Jawol (RM3,600), JKKK Rh Nicholas Abu Seman Thomas (RM3,600), JKKK Rh Peter Kilas (RM2,550), JKKK Rh Bisa Malintang (RM5,400), JKKK Rh Bennet Abol (RM1,050), JKKK Rh Antas Ngong (RM900), JKKK Rh Lawai Sedao (RM1,800), JKKK Rh Mudai Senaun (RM3,750), JKKK Rh Sylvester Dexter Johny (RM3,000) dan JKKK James Berandah Kasin (RM4,350).
Penerima lain termasuk JKKK Rh Anna Bandung Binsin (RM1,650), JKKK Sg Sian Bintangor Bernilai (RM8,000), JKKK Kpg Tanjung Bundong (RM3,000), Masjid Darul Taqwa (RM3,000), Surau Darul Ikhsan bernilai (RM7,500), PIBG SJK (c) Ming Shing bernilai (RM25,000), Saberkas Cawangan Meradong (RM10,000), Kelab Ukhuwah Meradong (RM5,000), Kumpulan Zikir Bintangor (RM3,000) dan Kelab Kebajikan MDMJ (RM5,000). – EDISI UKAS