Tapak Pasar Basah Kuala Matu Bakal Manfaatkan Penduduk Setempat

KHAMIS, 20 JANUARI 2022

MATU: Menteri Muda Integriti dan Ombudsman merangkap Ahli Dewan Undangan negeri(ADUN) Jemoreng, Dato Murshid DiRaja Dr Juanda Jaya menghadiri majlis ringkas Penyerahan Projek Siap Tapak Pasar Basah Kuala Matu pada Rabu.

Projek dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Matu Daro yang menelan belanja sebanyak RM500,000 diserahkan kepada agensi penyelia Majlis Daerah Matu Daro (MDMD).

Ia bermula pada 14 Oktober 2019 dan telah siap pada 15 November 2021.

Dato Dr Juanda berkata, projek tersebut bakal memberikan manfaat kepada komuniti nelayan di Kampung  Kuala Matu di samping dengan penambahbaikkan kemudahan lain seperti kilang ais, jeti, tempat letak kereta dan kedai makan.

Katanya, MDMD diamanahkan sebagai agensi bertanggungjawab menyelia bangunan tersebut.

Sebaik selesai majlis penyerahan, Dato Dr Juanda serta rombongan sempat meninjau kerja projek Pembinaan Hakisan Pantai Kuala Matu dan Projek Pembinaan Masjid Baharu Kuala Matu. – EDISI UKAS

add comment