Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di Beberapa Kawasan Sarawak

JUMAAT, 21 JANUARI 2022

SONG: Jabatan Meteorologi Kapit telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir bakal berlaku di beberapa kawasan Sarawak termasuk di Daerah Song pada Jumaat. 

Menurut laporan, cuaca pada sebelah pagi diramalkan agak panas dan hujan sementara pada tengahari dan sebelah petang.

Selajn itu, paras air pada sebelah pagi pula dengan keadaan stabil dan terus kekal hingga ke sebelah petang. 

Namun begitu, bagi kawasan Hulu Katibas difahamkan cuaca tidak menentu dan hujan lebat pada waktu malam. 

Sekiranya hujan lebat di hulu Sungai Katibas dengan kadar curahan hujan yang banyak maka paras air akan naik secara mendadak. 

Ini pastinya akan memberi kesan kepada kawasan rendah di muara Katibas dan kawasan Batang Rejang.-EDISI UKAS

add comment