Hujan Lebat Berterusan Sebabkan Paras Air Sungai Baram Naik, Penduduk Diminta Berwaspada

JUMAAT, 21 JANUARI 2022

MULU: Keadaan cuaca yang tidak menentu dan sering berlakunya hujan pada sebelah petang telah menyebabkan paras Sungai Baram meningkat.

Keadaan ini menyebabkan beberapa penempatan penduduk di sepanjang Sungai Baram mula dinaiki air. 

Hasil tinjauan pada Jumaat, didapati Rumah Gerinang Sungai Tasong Marudi yang merupakan sebuah rumah panjang yang sering dilanda banjir turut terkesan akibat banjir pada kali ini. 

Bagaimanapun, menurut Tuai Rumah Gerinanyair, air hanya memasuki halaman rumah mereka tetapi, keadaan masih lagi terkawal. 

Selain itu, paras air sungai juga memenuhi halaman rumah penduduk di Rumah Vincent dan Rumah Philip Tanjung Upar.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Baram dalam pada itu menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan yang rendah supaya sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan mereka terutamanya dalam musim hujan.-EDISI UKAS

add comment