JKM Bahagian Kapit Bantu Hantar KCG Ke Rumah Panjang

JUMAAT, 21 JANUARI 2022

KAPIT : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kapit telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyerahkan Kenyalang Gold Card ke Rumah Panjang Pinin dan Rumah Nyanggau, Baleh pada Khamis. 

Ini berikutan kawasan rumah panjang tersebut yang agak jauh dan sukar diakses melalui jalan sungai.

Selain itu, kebanyakan pemilik kad ini sukar untuk bergerak ke kawasan pekan Kapit akibat kekangan duit, masalah pengangkutan yang agak mahal serta kesihatan mereka yang sudah kurang berupaya tidak begitu mengizinkan mereka untuk bergerak.

Justeru, petugas JKM Bahagian Kapit berusaha untuk menyerahkan sendiri KGC ini ke tangan pemilik kad tersebut.-EDISI UKAS

add comment