Paras Air Sungai Limbang Surut, Penduduk Pekan Medamit Dinasihatkan Sentiasa Berhati-Hati

JUMAAT, 21 JANUARI 2022

LIMBANG: Paras air di Sungai Limbang dekat hujung Pekan Medamit dilaporkan semakin surut pada Khamis.

Keadaan ini memudahkan penduduk kampung untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Medamit yang terletak di seberang sungai tersebut.

Penduduk kampung dan pelajar SK Nanga Medamit dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati walaupun paras air surut terutama sekali semasa menyeberangi sungai.-EDISI UKAS

add comment