Pemantauan SOP PPN Fasa 4 Di Sri Aman

JUMAAT, 21 JANUARI 2022

SRI AMAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah melakukan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di sini pada Khamis.

Pemeriksaan telah dilakukan ke atas premis-premis perniagaan dan tempat tumpuan awam bagi memastikan masyarakat masih mengamalkan garis panduan yang telah ditetapkan memandangkan Sarawak telah memasuki Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Hasil pemantauan mendapati para peniaga serta pengunjung masing-masing mematuhi SOP dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha mengekang penularan COVID-19. -EDISI UKAS

add comment