Pengguna Feri Perlu Kekal Patuhi SOP

JUMAAT, 21 JANUARI 2022

SEBUYAU: Pengguna feri di negeri ini mesti kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tindakan itu penting bagi kepentingan keselamatan diri serta pengguna lain.

Bercakap ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke terminal Feri Sebuyau Triso pada Khamis, beliau menegaskan pemakaian jaket keselamatan semasa berada di feri penting untuk memastikan keselamatan terjamin.

Justeru, beliau berharap operator feri dan pengguna memberikan kerjasama dan kekal dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Sementara itu, Datuk Amar Douglas memberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bercadang untuk mengambil sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan bagi membantu pemantauan SOP dan peraturan di semua 12 terminal feri di seluruh negeri ini. -EDISI UKAS

add comment