Proses Vaksinasi Kanak-Kanak Berusia 5 Hingga 12 Tahun Bermula 3 Februari Ini

JUMAAT, 21 JANUARI 2022

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaludin, pemberian vaksin COVID-19 ini akan dilaksanakan sebaik sahaja vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari 2022. 

“Pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun akan diadakan pada 3 Februari 2022 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Ini adalah suntikan yang pertama. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis. 

Tambah Khairy lagi, sistem tempahan tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari 2022 dengan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera. 

Mengikut rekod bagi tempoh 25 Januari 2020 hingga 19 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 melibatkan individu berumur kurang daripada 18 tahun adalah sebanyak 579,624 kes dengan 269,773 kes melibatkan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. 

Manakala, jumlah kematian melibatkan golongan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah ialah 144 kematian di mana 31 kes kematian melibatkan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. -EDISI UKAS

add comment