Ranting PBB Kampung No.4 Raikan Kemenangan ADUN Satok

JUMAAT, 21 JANUARI 2022

KUCHING: Satu majlis kesyukuran anjuran ranting Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung No.4 telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini pada Rabu.

Ia bagi meraikan kemenangan Dato Ibrahim Baki sebagai wakil rakyat baharu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok selepas menang dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak yang lepas.

Dalam ucapan ringkasnya, Dato Ibrahim merakamkan penghargaan kepada semua jentera PBB kerana telah bertungkus lumus memastikan beliau memperoleh kemenangan besar di Satok.

Jelasnya, kerjasama serta nilai toleransi daripada rakyat amat diperlukan sepanjang beliau menggalas tanggungjawab dan amanah menjaga kebajikan di kawasan itu.-EDISI UKAS

add comment