TBS Serah Bantuan ‘Back To School’ Dan Bantuan Kecemasan Kebakaran di Sibu

JUMAAT, 22 JANUARI 2022

SIBU: Tabung Baitulmal Sarawak(TBS) menerusi Pejabat Baitulmal Bahagian Sibu telah mengadakan program ‘Back to School’ kepada anak-anak asnaf dan penyerahan bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran bertempat di Galeri Kompleks Islam Sarawak Sibu pada Khamis.

Simbolik penyerahan bantuan tersebut daripada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie kepada 20 anak para asnaf bagi meringankan beban dalam persiapan untuk sesi persekolahan yang akan tiba nanti manakala sebanyak RM28,800 juga diagihkan kepada 9 orang mangsa kebakaran di kawasan tersebut.

Program back to School kepada anak-anak asnaf ini merupakan salah satu inisiatif memanifestasikan ekosistem bantuan Tabung Baitulmal Sarawak melalui prasarana Ummah Distribution Center (UDC) dan Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Sibu dalam pengagihan bantuan kepada para asnaf.

Dalam pada itu, program ini juga dilaksanakan di seluruh Sarawak melalui Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak bagi setiap bahagian.

Sehingga 31 Disember 2021, Tabung Baitulmal Sarawak telah mengagihkan sejumlah RM72.7 juta daripada jumlah tersebut, sebanyak RM50.1 juta bantuan telah diagihkan melalui empat program utama iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi lslam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah. 

Manakala, sebanyak RM3.25 juta Bantuan Khas Covid-19 TBS telah diagihkan sepanjang tahun 2021 dan Pejabat Bahagian Sibu telah mengagihkan sejumlah RM1.4 juta kepada 910 penerima yang layak.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar, Bolhassan Iskandar Taibi; Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbiran, Sulaiman Mahili; Ketua Sektor Pembangunan dan Wakaf, Abang Faisal Abang Marzuki bersama warga kerja TBS Pejabat Bahagian Sibu.-EDISI UKAS

add comment