15 Orang Anak Ahli NSJA Terima Insentif Pendidikan Tahun 2020

SABTU, 22 JANUARI 2022

MIRI: Seramai 15 orang anak ahli Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) telah menerima insentif pendidikan tahunan NSJA bagi tahun 2020.

Presiden NSJA, Andy Jong Wan Joon berkata, insentif tersebut sepatutnya dijadualkan diberikan pada tahun 2021, namun disebabkan pandemik Covid 19 dengan SOP, ia ditangguhkan sehingga tahun 2022 ini.

“Pandemik Covid-19 telah menjejaskan semua orang, bukan sahaja perniagaan tetapi juga pendidikan kanak-kanak,” jelasnya.

Katanya, ini adalah kali kelima insentif pendidikan ini diberikan kepada kanak-kanak dari tadika hingga ke peringkat pengajian tinggi yang cemerlang dalam peperiksaan awam mereka.

“Kami berharap, anak-anak kita akan terus berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran lebih-lebih lagi dalam masa yang sukar ini,” katanya.-EDISI UKAS

add comment