Bantuan Untuk Golongan Yang Memerlukan Tetap Diteruskan

SABTU, 22 JANUARI 2022

SARIBAS: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam diwakili oleh Squad Kasih Sayang Ranting Kampung Supa menyumbang bantuan berupa kerusi Roda kepada penduduk Kampung Supa pada Khamis.

Selain daripada bantuan kerusi roda, ADUN Saribas turut menghulurkan bantuan peribadi dari segi perubatan kepada Salemi Mudin yang  mengidap penyakit tulang belakang yang mendapat perhatian dari Pusat Khidmat Saribas bagi membantu serta meringankan bebanan Salemi bagi menjalankan kerja harian beliau.

Penerima, Salemi Mudin sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Saribas dan Wakil Pusat Khidmat di atas keprihatian mereka menggalas tanggungjawab untuk kebajikan penduduk di kawasan itu.-EDISI UKAS

add comment