SABTU, 22 JANUARI 2022
TINJAR: Beberapa buah sekolah seperti SK Long Jegan, SK Long Teran, SK Kuala Bok dan SK Long Teru telah dinaiki air sedalam di antara satu kaki hingga dua kaki pada Sabtu.
Ia adalah berikutan hujan yang telah turun berterusan dengan sederhana lebat di kawasan Tinjar sejak beberapa hari lalu.
Perkara ini menyebabkan paras air Sungai Tinjar naik dan melimpah ke daratan di kawasan tanah rendah.
Dalam pada itu, air masih menaik dan keadaan cuaca mendung.-EDISI UKAS