Dato’ Sri Alexander, Lidan Hadiri Mesyuarat Bincang Status Projek Pembangunan Di Song

SABTU, 22 JANUARI 2022

SONG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merangkap Ahli Parlimen Kapit, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Song yang diadakan di Pejabat Daerah Song pada Jumaat.

Mesyuarat yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan bertujuaan membincangkan projek-projek kerajaan yang sedang dan akan dilaksanakan di Daerah Song.

Semasa mesyuarat, Dato’ Sri Alexander dan Lidam diberi taklimat oleh agensi pelaksana terbabit seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID), Majlis Daerah Kapit (MDK) dan Agensi Pembangunan Ulu Rejang (URDA).

Sejurus selepas mesyuarat tersebut, Dato’ Sri Alexander menyempurnakan Majlis Perasmian Mini Bengkel Pembangunan Daerah Song.

Bengkel tersebut dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi merancang pembangunan di Daerah Song di masa akan datang. – EDISI UKAS

add comment