Datuk Ding Tinjau Pelaksanaan Projek RTP di Meradong

SABTU, 22 JANUARI 2022

BINTANGOR: Sebanyak RM750,000 telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak bagi menaiktaraf Prasarana Gereja  Methodist Kai Nguong dan menaiktaraf Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Meradong di dalam projek Tranformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing turun padang bagi meninjau projek menaiktaraf yang telah diluluskan oleh kerajaan pada Khamis.

Sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi menaiktaraf prasarana Gereja Methodist Kai Nguong manakala sebanyak RM250,000 pula diperuntukkan bagi menaiktaraf Dewan Serbaguna IPD Meradong.

Pelaksanaan projek RTP tersebut dijalankan secara berperingkat mengikut dana yang diluluskan dan lantikan kontraktor melalui agensi pelaksanaan.

Datuk Ding juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atas seliaan dan kerjasama mereka memantau dan memastikan projek RTP tersebut mengikut komponen pelaksanaan yang dicadangkan.

Dalam pada itu, warga Penganut Gereja Methodist Kai Nguong dan pihak IPD Meradong berasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak amnya ADUN Meradong kerana telah meluluskan pelaksanaan projek RTP tersebut. – EDISI UKAS

add comment