JBPM Daerah Lawas Didik Masyarakat, Tekan Aspek Keselamatan Kebakaran

SABTU, 22 JANUARI 2022

LAWAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Lawas terus giat menekankan mengenai aspek keselamatan kebakaran kepada masyarakat.

Bagi mendidik masyarakat, Kempen Kesedaran Keselamatan Awam telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Lawas pada Jumaat.

Seramai 25 telah menyertai program tersebut iaitu melibatkan pengusaha hotel, kedai dan premis berisiko tinggi.

Antara pengisian program termasuk ceramah keselamatan kebakaran, tatacara sanitasi kendiri dan demonstrasi pemadaman menggunakan alat pemadam api.

Program ini bertujuan mendidik masyarakat agar tidak Lupa, Leka & Lalai (3L) dalam aspek keselamatan kebakaran.

Dalam pada itu, para peserta turut didedahkan dengan ilmu tatacara sanitasi kendiri bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di tempat kerja atau kediaman sendiri.-EDISI UKAS

add comment