SABTU 22 JANUARI 2022
MIRI: Kelab Badminton Lopeng telah menganjurkan Makan Malam Penghargaan bagi tahun 2021 di Hotel Imperial, Miri pada Jumaat.
Majlis yang dihadiri seramai 50 tetamu itu turut dihadiri Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang dan Presiden Kelab Badminton Lopeng, Yong Kuok Wui.
Semasa menyampaikan ucapannya, Adam Yii menekankan mengenai kepentingan sukan dalam kehidupan masyarakat terutama sekali ketika mendepani pandemik COVID-19.
Untuk makluman, Kelab Badminton Lopeng telah ditubuhkan pada bulan Mei Tahun 2014 untuk melahirkan lebih ramai pengadil dan jurulatih yang bertauliah dan meningkatkan taraf pemain badminton tempatan.-EDISI UKAS