Ketua Menteri Hadiri Majlis Makan Malam Sempena Lab Pembangunan Gedong-Simunjan 2022

SABTU, 22 JANUARI 2022

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menghadiri Majlis Makan Malam sempena Lab Pembangunan Gedong-Simunjan 2022 pada Jumaat.

Majlis makan malam yang diadakan di Hotel UCSI itu turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi) Dato Sri Mohamad Abu bakar Marzuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Sarawak, Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar dan bekas ADUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais.

Selain itu, ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat, ketua kaum, kaunselor, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pegawai-pegawai kerajaan daripada pelbagai agensi turut hadir bersama.-EDISI UKAS

add comment