Ketua Menteri Sarawak Hadir Taklimat Pembangunan Semula Bukit Assek

SABTU, 22 JANUARI 2022

SIBU: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Openg telah menghadiri Taklimat Pembangunan Semula Bukit Assek di Sibu, pada Sabtu.

Taklimat disampaikan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Monaliza Zaidel.

Antara lain tujuan pembangunan semula itu bagi meningkatkan kualiti hidup, kesihatan dan keselamatan penduduk selain menaiktaraf infrastruktur yang sedia ada.

Taklimat turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dr Annuar Rapaee, Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi) Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki. -EDISI UKAS

add comment