Pembubaran Dan Pemilihan AJK Ranting PBB DUN Kedup Akan Berlangsung Pertengahan Februari 2022

SABTU, 22 JANUARI 2022

SERIAN: Mesyuarat pembubaran dan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) 27 ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sibauh, Mongkos, Kedup dan Antayan bagi tahun 2022 hingga tahun 2024 peringkat akan berlangsung pada pertengahan Februari 2022.

Sehubungan itu, PBB Cawangan Kedup telah mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat, Pusat Khidmat DUN Kedup pada Khamis bagi memastikan mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB Kedup, Kaunselor Bill Thomas Junggu menggantikan Menteri Muda Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah  II merangkap ADUN Kedup, Martin Ben yang tidak dapat hadir kerana tugas-tugas beliau.

Kaunselor Bill Thomas memberitahu, beliau akan membawa keputusan mesyuarat ke pengetahuan ADUN Kedup itu dan sekiranya terdapat perubahan atau lain-lain arahan yang diberikan pemakluman segera akan disampaikan kepada semua yang akan terlibat.  

Sementara itu, Setiausaha Cawangan PBB Kedup, Gerald Augustine Kiek, telah memperincikan langkah-langkah yang harus diambil tindakan dan menghendakkan semua AJK Cawangan yang ada sekarang turut sama terlibat mengendalikan mesyuarat mengikut Daerah Mengundi masing-masing.

Pengerusi memberitahu bahawa keputusan mesyuarat akan beliau bawa ke pengetahuan Martin Ben dan sekiranya ada perubahan atau lain-lain arahan yang diberikan pemakluman segera akan disampaikan kepada semua yang akan terlibat.-EDISI UKAS  

add comment