PKRC Kompleks Sukan Komuniti Mukah, PKRC Dewan Utama dan Pusat Kuarantin Kem Belia Mukah Ditutup

SABTU, 22 JANUARI 2022

MUKAH: Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah telah menganjurkan gotong-royong memindahkan aset dan mengemas keadaan persekitaran di dua Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan satu pusat kuarantin pada Jumaat.

Gotong-royong itu diadakan susulan penutupan PKRC Kompleks Sukan Komuniti Mukah (KSKM), PKRC Dewan Utama dan Pusat Kuarantin Kem Belia Mukah selepas kes positif Covid-19 di Bahagian Mukah mencatatkan penurunan.

Ia turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine; Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah merangkap Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir dan Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah, Huzaimah Husin.

Manakala agensi-agensi yang terlibat adalah Pejabat Residen Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Pendidikan Daerah, Angkatan Pertahanan Awam, Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB), Hospital Mukah, Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Kem Belia Mukah dan Persekutuan Persatuan Belia Parlimen Mukah. – EDISI UKAS

add comment