SUPP Miri-Sibuti Parliamentary Liaison Committee Santuni Penjaja, Pengunjung Pasar Di Miri

SABTU, 22 JANUARI 2022

MIRI: Parti Bersatu Rakyat Sarawak(SUPP) Miri-Sibuti Parliamentary Liaison Committee telah menyantuni penjaja dan pengunjung di sekitar Pasar Besar Krokop Lorong 10 dan Pasar Krokop Lorong 5, Miri pada Sabtu dengan mengagihkan buah limau mandarin.

Rombongan program aktiviti tahunan sempena sambutan Tahun Baru Cina ini diketuai Pengerusinya merangkap Menteri Pengangkutan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin.

Turut hadir, Datuk Bandar Miri yang juga ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang; Ahli Majlis Bandaraya Miri, Kaunselor Leslie Lau; Kaunselor Aries Leong dan Kaunselor Dr. Vincent Huang.

Sementara itu, Dato Sri Lee dan Adam Yii turut merakamkan ucapan tahun baharu kepada orang awam dan berharap warga Miri senantiasa berwaspada dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan COVID-19 walaupun Sarawak kini berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).-EDISI UKAS

add comment