Usaha Ketengah Kabong Sebagai Pusat Pelancongan

SABTU, 22 JANUARI 2022

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir telah mengadakan sesi perbincangan bagi membangunakan tempat rekreasi dan rumah-rumah penginapan di Kampung Nyabor di Pusat Khidmat Kabong pada Khamis.

Perbincangan bersama Pengurus Koperasi Klinik Anda Sarawak Berhad, Suriati Abdul Rahman dan Timbalan Pengurus, Mohd Hafifi untuk menjadikan Kampung Nyabor sebagai tumpuan penduduk berdekatan dan pengunjung dari luar.

Program dengan kerjasama daripada pihak koperasi Klinik Anda Sarawak dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga bagi mengetengahkan Daerah Kabong sebagai pusat pelancongan dan pusat peranginan sekaligus dapat mewujudkan peluang pekerjaan masyarakat setempat bagi merancakkan lagi ekonomi penduduk di kawasan itu.-EDISI UKAS

add comment