ADUN Bukit Assek Meriahkan Dua Program Di Sentral Market Sibu

AHAD, 23 JANUARI 2022

SIBU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek telah menyalakan tanglung sempena Tahun Baru Cina di Sentral Market Sibu pada Jumaat.

Beliau turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Peniaga dan Penjaja Kecil Pasar Sentral Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kr. Albert Tiang Ming Ing; Kr. Nazatusyima Bujang serta beberapa orang penjaja di Pasar Sentral.

Selepas menyalakan tanglung, rombongan bergerak ke Pintu Gerbang Sibu bagi menyaksikan pertandingan karaoke sempena Tahun Baru Cina 2022.

Seramai 30 peserta bertanding dalam pertandingan tersebut dan seramai 15 orang terpilih akan bertanding pada peringkat akhir yang akan diadakan pada 28 Januari nanti.

Terdapat 70 gerai yang menjual perbagai jenis makanan dan minuman serta jualan lain di Bazar Tahun Baru Cina 2022 Sibu serta terbuka kepada orang ramai setiap hari bermula jam 5 petang sehingga 9.30 malam sehingga 30 Januari 2022.-EDISI UKAS

add comment