ADUN Tarat Sempurnakan Kursus Fertigasi Rockmelon

AHAD, 23 JANUARI 2022

SERIAN : Kursus Fertigasi Rockmelon anjuran Saberkas Cawangan Tarat telah julung kali diadakan dengan penyertaan seramai 30 orang peserta bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sinjok, pada Sabtu.

Hadir menyempurnakan majlis perasmian ialah, Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Kursus ini dijalankan selama dua hari iaitu bermula 22 sehingga 23 Januari 2022 yang melibatkan peserta terdiri daripada ahli Saberkas Tarat.

Kesemua peserta adalah dari unit Saberkas Kampung Chupak, Saberkas Kampung Sinjok, Saberkas Kampung Gayu, Saberkas Kampung Skuduk, Saberkas Kampung Petung, Saberkas Kampung Mundai, Saberkas Kampung Simpok, Saberkas Kampung Sarig, Saberkas Kampung Tanah Puteh dan Saberkas Kampung Tarat Mawang.

Sementara itu, pada hari pertama kursus ini, peserta didedahkan dengan tiga slot iaitu slot pertama, Pengenalan Kepada Fertigasi, slot kedua Demo Semaian Benih, Pemasangan Sistem Fertigasi dan sebagainya.

Manakala, pada slot ketiga, Penjagaan Tanaman iaitu pembajaan, kawalan penyakit dan perosak, kepentingan racun dan foliar serta penutupan slot diadakan dengan sesi soal jawab.

Hari kedua kursus pula para peserta akan di bawa ke kebun fertigasi rockmelon di Sungai Jaong, Santubong.-EDISI UKAS

add comment