Dato Sri Fadillah Yusof Serah Geran Khas Fisikal Kepada 6 Surau Kawasan Satok

AHAD, 23 JANUARI 2022

KUCHING : Menteri Kanan Kerja Raya merangkap Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof telah menyempurnakan upacara penyerahan geran khas fisikal kepada pengerusi-pengerusi surau-surau kawasan N8 Satok, pada Sabtu.

Terdahulu, Dato Sri Fadillah berkesempatan menunaikan solat berjemaah di Surau Darul Qarar, Kampung Temedak.

Antara surau-surau yang menerima geran khas fisikal adalah Surau Darul Qarar, Kampung Temedak; Surau Bandarsah, Kampung No.2; Surau Al Amin, Kampung Kudei Ulu; Surau Darul Ihsan, Kampung Kudei Baru; Surau Nurul Islam, Kampung No.5 dan Surau Darul Uyun, Kampung No.3.

Turut hadir tersebut ADUN Satok merangkap Timbalan Ketua Cawangan PBB Satok, Dato Ibrahim Baki; Setiausaha PBB Cawangan Satok merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdul Samat Gany; Ketua Kampung, Abdul Kudus Lait; Ahli Jawatankuasa Surau, Exco PBB Satok dan kariah setempat.-EDISI UKAS

add comment