Kerjasama PERKIM Dan Agensi Lain Membentuk Masyarakat Yang Berilmu, Berwibawa Dan Berintegriti

AHAD, 23 JANUARI 2022

SARIKEI : Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh telah hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke 30 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Sarikei di Sarikei Inovation Center (SIC) Sarikei pada Sabtu.

Pada majlis itu, beliau telah telah memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada PERKIM Cawangan Sarikei.

Seramai 45 orang ahli PERKIM telah hadir pada mesyuarat tersebut bagi membincangkan pelbagai agenda selain membentangkan laporan aktiviti, kewangan dan perancangan masa depan pertubuhan tersebut.

Menurut Datu Len, wanita memainkan peranan yang cukup penting untuk membentuk sesebuah keluarga dan mampu menghadapi cabaran yang kini semakin mencabar.

“Kita tahu, PERKIM mampu bekerjasama dengan pelbagai agensi supaya agenda kerajaan dapat diselaraskan bagi membentuk masyarakat yang berilmu, berwibawa dan berintegriti untuk membangunkan bangsa kearah kecemerlangan,” katanya berucap pada majlis tersebut.

Terdahulu, Pengerusi PERKIM Cawangan Sarikei, Dayang Siti Rahmah Awang Taib berkata, keahlian PERKIM kini telah mencapai seramai 270 orang ahli.

Sepanjang tempoh penularan pendemik COVID-19, PERKIM tidak menjalankan apa-apa aktiviti namun tetap meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan bagi membantu rakyat akibat pandemik COVID-19.-EDISI UKAS

add comment