KMKK Mainkan Peranan Penting Dalam Menyalurkan Inisiatif Dan Dasar-Dasar Kerajaan

AHAD, 23 JANUARI 2022

BELAWAI: Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif telah hadir dalam Majlis Santai bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Tanjong Manis di Rumah Rehat Pantai Belawai pada Sabtu.

Majlis perjumpaan secara santai tersebut disertai oleh KMKK daripada Tanjong Manis meliputi Kampung Belawai, Kampung Rajang, Kampung Jerijih dan Pulau Bruit.

KMKK merupakan jambatan bagi kerajaan menyalurkan inisiatif dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat jelata serta sebagai benteng dalam menepis segala tuduhan dan tohmahan dari pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan imej kerajaan.

Justeru, KMKK harus peka dengan teknologi yang sedia ada terutamanya media sosial kerana ia merupakan medium utama dalam penyebaran maklumat.

Dalam pada itu, ADUN Kuala Rajang bersama Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Haji Yusuf Abdul Wahab yang turut hadir dalam majlis tersebut bersetuju dan sehaluan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik serta pembangunan yang diperlukan bagi kawasan tersebut.-EDISI UKAS

add comment