KPDNHEP Negeri Sarawak, Pasaraya i-mart Anjur Program Jualan Keluarga Malaysia Di Kapit

AHAD, 23 JANUARI 2022

KAPIT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak dengan kerjasama Pasaraya i-mart telah mengadakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) bagi Parlimen Kapit selama dua  hari hingga Ahad di perkarangan tempat letak kereta Dewan Suarah Kapit.

Ia telah dirasmikan oleh Menterinya yang juga Ahli Parlimen Kapit, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi pada Sabtu dan turut dihadiri Timbalan Menterinya, Dato’ Rosol Wahid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan.

Menurut Dato’ Sri Alexander, program tersebut mendapat sambutan begitu menggalakkan dari warga Kapit yang mahu mendapatkan barangan dengan harga yang lebih murah.

Katanya, program sama turut diadakan di sembilan kawasan parlimen lain di Sarawak pada hari yang sama. – EDISI UKAS

add comment