Naik Taraf Kuil Hai Long Si Berjalan Lancar

AHAD, 23 JANUARI 2022

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin telah mengadakan lawatan ke Kuil Hai Long Si pada Sabtu bagi melihat sendiri kerja-kerja naik taraf yang sedang dilaksanakan ketika ini. 

Projek Naik Taraf Kuil Hai Long Si bagi Persatuan Penganut Dewa Some Shao Lung Kung Miri merupakan projek di bawah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dengan peruntukan sebanyak RM500,000. 

Kerja-kerja naik taraf ini mula dilaksanakan tahun lepas dan dijangka siap tidak lama lagi. 

Hadir sama ADUN Pujut yang juga Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Siang dan Pengarah UNIFOR Richard Lon. -EDISI UKAS

add comment