206 Penduduk Kampung Terima Sumbangan Tahun Baharu Cina 2022

ISNIN, 24 JANUARI 2022

SERIAN: Seramai 206 orang daripada 20 buah kampung di sekitar Serian menerima sumbangan dalam program Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2022 pada Ahad.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut.

Sementara itu, Datuk Roland Sagah berkata, pertubuhan berkenaan merupakan pertubuhan yang membantu masyarakat tanpa mengira kaum atau agama.

“Ini adalah satu pertubuhan yang membantu masyarakat tanpa mengira kaum ataupun agama dan ini adalah cara kita orang Sarawak,” katanya.

Para penerima yang terdiri daripada penduduk Bidayuh, Iban, Melayu, Cina dan India menerima sumbangan secara pandu lalu dan sesetengah penerima diwakili oleh ketua kampung masing-masing.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Peningkatan Akhlak Che Han Khor, Serian, Sarawak Datuk Seri Chow Fah Sen, Timbalan Pengerusi Pertubuhan merangkap Pengerusi Pengelola Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru 2022 Liew Tho Sen, Pengerusi Pertubuhan Membina Akhlak Che Hoe Khor Siburan Lee Chin Chang, Temenggong Gee Ah Chok, Pemanca Chai Min Lee dan Penghulu Lee Koi Chee @ Philip Lee.-EDISI UKAS

add comment