ADUN Mambong Bantu Baik Pulih Jambatan Gantung Kampung Abang

ISNIN, 24 JANUARI 2022

PADAWAN: Menteri Muda Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil membantu penduduk serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Abang bagi membaik pulih jambatan gantung melalui konsep bergotong royong pada Ahad.

Jambatan gantung tersebut merupakan penghubung utama murid-murid ke sekolah dari Kampung Abang serta kawasan sekitar menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Ampat, Padawan.

Dalam pada itu, Kapitan Lai mewakili penduduk Kampung Pangkalan Ampat dan Kampung Abang menyatakan rasa syukur di atas keprihatinan ADUN Mambong bagi membantu baik pulih jambatan tersebut.

Sehubungan itu, beliau juga menzahirkan terima kasih kepada pihak kontraktor yang menyediakan bahan- bahan binaan serta kerjasama penduduk kampung yang terlibat dalam membantu kerja-kerja membaik pulih tersebut. -EDISI UKAS

add comment